Selama ini saya sentiasa mempertahankan bahasa aturcara C++ dimana saya telah menggunakannya lebih dari 15 tahun. Saya banyak membangunkan sistem yang bersaiz besar dan memerlukan kepantasan. Sebelum itu saya telah membuat banyak perbandingan antara C++ dan bahasa-bahasa lain. Asembler memang mampu menerbitkan sistem yang terpantas tetapi ia tidak praktikal untuk membina sistem besar. Java terlalu menyenangkan pengaturcara sehingga menerbitkan banyak komponen yang tak optimum. PHP hanya sesuai untuk aplikasi web.
Semalam sewaktu makan malam bersama, seorang rakan bertanya "Apa itu sofwer?" Beliau mahukan makna yang lebih mendalam. Sesiapa saja yang boleh mengekses blog ini secara kasarnya tahu apa itu sofwer. Ia bukanlah satu kelibat baru. Kami sedang membincangkan mengapa peratusan projek sofwer yang gagal terlalu tinggi lebih-lebih lagi di Malaysia ini. Jawapan kepada soalan itu tidak boleh dinyatakan secara terus kerana ia terlalu abstrak, walau pun konsepnya sebenarnya adalah mudah. Saya mengusulkan satu perumpamaan.
Struktur lisp membolehkan ruangnama (namespace) hirarki digunakan. Konsep ruangnama ini banyak dibincangkan dalam orentasi objek. Kita tahu lisp tidak mempunyai struktur asas objek dan orentasi objek hanya dibincangkan setelah bahasa-bahasa baru diwujudkan. Namun demikian konsep ruangnama adalah lebih asas dari orentasi objek. Saya tidak mencadangkan objek dimasukkan dalam lisp. Ruangnama adalah lebih sesuai.
Saya baru selesai menterjemah 'general'. Ia bukanlah modul yang khas tetapi mengandungi string yang berulang dari modul-modul yang lain dan juga string dari modul yang mempunyai bilangan string yang sedikit.
Saya juga telah mengemaskinikan terjemahan modul user.
Kini dua bahagian besar telah diterjemahkan. Namun perjalanan masih lagi jauh. Ini kerana pada waktu yang sama saya juga sedang menyiapkan Dript termasuk dokumentasinya.
Kebanyakan istilah komputer berasal dari bahasa Inggeris kerana industri komputer diasaskan oleh barat. Bahasa Inggeris adalah satu bahasa yang begitu fleksibel dimana sesuatu perkataan itu boleh mempunyai banyak makna. Malah apa jua makna baru boleh diberikan kepada sesuatu perkataan itu. Contohnya perkataan 'bug' pada asalnya bermakna serangga. Oleh kerana ada peristiwa berlakukannya kerosakan komputer dimana setelah disiasat disebabkan oleh seekor serangga maka 'bug' telah digunapakai untuk merujuk kepada kerosakan komputer atau sofwer.
Modul CCK dan Contemplate adalah dua modul yang boleh digunakan untuk membuat katalog produk dalam Drupal. CCK membolehkan perincian produk disenaraikan. Contemplate pula digunakan untuk mempamirkan produk tersebut mengikut perincian yang telah ditetapkan. Yang menariknya dengan CCK ialah perincian produk mudah diolah mengikut kehendak semasa tanpa menjejaskan data yang sedia ada. Contemplate pula membolehkan kita mengubah-ubah cara pamiran mengikut kesesuaian.
Semasa mula mengaturcara Dript saya memastikan untuk menggunakan sintaks object serasi PHP4 kerana saya mahu memastikan Dript serasi PHP4. Tetapi selama itu saya telah menggunakan PHP5 untuk menguji Dript kerana WAMP 1.6.6 yang saya gunakan tersedia dengan PHP5. Satu lagi komputer saya menggunakan XAMPP yang boleh memilih PHP4. Saya menguji Dript di komputer itu dengan PHP4 dan mendapati Dript tidak boleh berfungsi. Setelah menganalisa saya mendapati saya telah menggunakan beberapa fungsi PHP5 yang tidak serasi PHP4.
Dript adalah nama yang saya beri untuk lisp didalam Drupal. Saya telah membuat satu modul filter yang membolehkan Drupal memproses teks dengan skrip lisp. Saya juga telah membuat satu fungsi lisp yang boleh membaca fil nod. Dan juga telah menambah beberapa lagi fungsi lain yang kini telah pun melebihi jumlah 40. Saya perlu mengkaji lebih lanjut untuk menambahkan fungsi-fungsi yang berkaitan dengan Drupal.
Saya masih perlu membuat kerja kemas kini dan dokumentasi sebelum saya kontribut ke Drupal. Saya harap saya akan dapat melakukannya dalam masa yang terdekat ini.